GRED AAA
Replika kualiti terbaik dari Thailand/Indonesia. Material agak kasar sedikit berbanding gred lain. Untuk jersi jenama Nike, tiada lubang udara kat tepi jersi dan T-bars kat bahu.
Finishing dan material berpatutan dengan harga yang ditawarkan.
GRED 2nd ORI
Mengenal pasti gred 2nd ori jersi dengan pandangan mata kasar amat la payah. Ia sebenarnya dapat di kesan jika kita menyentuh jersi-jersi tersebut.
Gred ini di datangkan dengan kualiti fabric yang lebih baik, lembut dan kemas. Dari segi jahitan pula, gred ini mempunyai garis jahitan dan benang yang kemas.
Kertas pelapik pula adalah dari jenis yang lembut bagi SUPER A manakala untuk Gred AAA menggunakan kertas yang keras. (tetapi mengikut keluaran dari kilang juga)
Saiz jersi besar sedikit berbanding AAA.
GRED PLAYER ISSUE
Jersi jenis ni hanya datang dari buatan Nike dan Adidas sahaja. Kualitinya terbaik dengan kain yang lebih lembut dan boleh menegang.
Logo adalah tampal berbanding AAA dan 2nd Ori yang dibuat Jahit. Cutting jersi juga sama dengan yang original dan berbeza dengan AAA dan 2nd Ori.
Beg plastik yang digunakan mempunyai lambang Nike dan Adidas dan datang dengan tag sehingga 2-3 keping. No siri juga berbeza-beza melambangkan keunikannya.
Tambahan lagi, ia mempunyai lubang-lubang udara (Nike) serupa dengan jersi yang dipakai oleh Player.