1. Ikut arahan pencucian. Lihat tag pada jersi sebelum membuang. Di tag tersebut terdapat penjelasan bagaimana cara untuk menjaga jersi dengan betul.
2. Jersi yang basah dan kotor perlu di basuh dengan segera bagi mengelakkan jersi dari berbau dan kotoran yang melekat susah hilang.
3. Gunakan deterjen atau serbuk pencuci kain kemudian di campurkan dengan air. Jersi kemudian direndam di dalam baldi dan dibasuh menggunakan tangan.
4. Sebelum membasuh jersi buka butang jersi dan alihkan jersi luar anda ke dalam untuk menjaga monogram, nombor dan logo jersi.
5. Jersi hendaklah dibasuh secara berasingan dari seluar jeans dan pakaian berwarna bagi mengelakkan jersi dari koyak dan juga menjaga warna jersi dari tercemar terutamanya jersi yang berwarna putih
6. Elakkan dari menggosok jersi dengan menggunakan seterika. Sebaiknya terus gantung jersi anda dengan penyidai agar ia tidak kedut.
7. Kebanyakkan jersi dibuat dari material yang mudah kering. Oleh itu, setelah membasuh cepat2 la menyidainya di ampaian luar. Jersi dikeringkan melalui pengudaraan luar bukannya dengan menggunakan mesin dryer.
Terima kasih kerana sudi membaca.